Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS RUJUK KERTAS SIASATAN ISU PENYAMPAI ERA FM KE PEGUAM NEGARA HARI INI – KPN

DALAM NEGARA

POLIS RUJUK KERTAS SIASATAN ISU PENYAMPAI ERA FM KE PEGUAM NEGARA HARI INI – KPN

Razarudin sebelum ini memaklumkan semakan polis mendapati rakaman video itu sudah ditonton 95,400 kali dan turut dikongsi 204 pengguna di media sosial, namun pemeriksaan dilakukan mendapati video tersebut telah dipadamkan pihak stesen radio berkenaan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merujuk kertas siasatan berhubung kes video tular memaparkan tiga penyampai radio Era FM milik Astro didakwa mempersendakan upacara agama lain ke Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini, polis menerima 73 laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Buat masa ini tiada lagi individu lain dipanggil memberi keterangan,” katanya ringkas.

Semalam, enam individu daripada stesen radio itu hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan dengan siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Razarudin sebelum ini memaklumkan semakan polis mendapati rakaman video itu sudah ditonton 95,400 kali dan turut dikongsi 204 pengguna di media sosial, namun pemeriksaan dilakukan mendapati video tersebut telah dipadamkan pihak stesen radio berkenaan.

Setelah menerima kecaman, tiga penyampai radio itu tampil memohon maaf terhadap perbuatan mereka yang dilihat mempersendakan upacara agama Hindu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci, setelah menerima aduan pelbagai pihak berhubung tindakan penyampai radio berkenaan.

Astro Audio juga telah memaklumkan tiga penyampai radio terlibat direhatkan daripada ke udara sehingga diberitahu, sementara menunggu siasatan dalaman syarikat berhubung insiden itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading