Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JERUTAN LIGATUR DI LEHER PUNCA KEMATIAN PEGAWAI MOF

DALAM NEGARA

JERUTAN LIGATUR DI LEHER PUNCA KEMATIAN PEGAWAI MOF

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) berdasarkan keterangan pakar patologi berkenaan.

KUALA LUMPUR: Kematian pegawai Kementerian Kewangan (MoF) disahkan berpunca daripada jerutan ligatur di leher.

Ia hasil bedah siasat yang dijalankan pakar Patologi dari Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Serdang yang bermula jam 11 pagi dan selesai pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) berdasarkan keterangan pakar patologi berkenaan.

“Punca kematian disahkan sebagai compression of neck due to ligature strangulation,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, pegawai Perbendaharaan MoF itu ditemui mati di pejabatnya selepas dilapor hilang sejak Isnin.

Rusdi dilaporkan berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat.

Polis menerima laporan kejadian menerusi panggilan MERS 999 daripada orang awam pada jam 10.56 pagi.

Siasatan akan diklasifikasikan semula jika ada bukti atau keterangan baharu yang menunjukkan wujud perlakuan jenayah – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading