KES ISMAIL SABRI: UMNO TIADA KAITAN DENGAN SIASATAN SPRM
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan parti itu dengan kes berkenaan dan menekankan bahawa siasatan harus dijalankan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan.
KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di beberapa premis minggu lepas.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan parti itu dengan kes berkenaan dan menekankan bahawa siasatan harus dijalankan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan.
“UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut dan berpendirian bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata UMNO tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja cuba mengaitkan parti berkenaan dengan kes itu atau mencipta persepsi negatif terhadap UMNO.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram selepas penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.
Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui pentadbiran negara.
Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked