Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PENYEWA LELAKI TERLIBAT KES PENEMUAN PULUHAN BANGKAI KUCING

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PENYEWA LELAKI TERLIBAT KES PENEMUAN PULUHAN BANGKAI KUCING

Polis menahan seorang suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata suspek berumur 31 tahun, yang merupakan penyewa rumah berkenaan ditahan di Cheras, semalam.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan suspek direman tiga hari mulai hari ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Sebelum ini, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Jumaat lepas, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki tempatan.

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah tersebut.

Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung perkara berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading