Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

31,600 BAKAL HAJI DIGESA SEGERA JAWAB SURAT TAWARAN – TH

DALAM NEGARA

31,600 BAKAL HAJI DIGESA SEGERA JAWAB SURAT TAWARAN – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal haji supaya segera menjawab surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal haji supaya segera menjawab surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.

Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk memberi jawapan sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji, dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

“Bakal haji Malaysia boleh melayari http://www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang mengikut jumlah bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran di akaun TH serta mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital, klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, boleh layari http://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) menerusi talian 03-6207 1919.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading