Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN TIGA INDIVIDU HINA, FITNAH INSTITUSI DIRAJA JOHOR DAN AGAMA ISLAM

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN TIGA INDIVIDU HINA, FITNAH INSTITUSI DIRAJA JOHOR DAN AGAMA ISLAM

Tiga individu termasuk dua wanita ditahan selepas dipercayai memuat naik beberapa video di media sosial berunsur hasutan, fitnah dan menghina agama Islam, Perdana Menteri, Institusi Diraja Johor serta Ketua Polis Johor.

JOHOR BAHRU: Tiga individu termasuk dua wanita ditahan selepas dipercayai memuat naik beberapa video di media sosial berunsur hasutan, fitnah dan menghina agama Islam, Perdana Menteri, Institusi Diraja Johor serta Ketua Polis Johor.

Kesemua suspek ditahan di Taman Saujana, di sini hari ini selepas laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan yang melihat hantaran video tersebut.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, video dimuat naik menerusi akaun TikTok ‘ratunurputribalqis’ mendakwa bahawa Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor dan Perdana Menteri Malaysia mendapatkan nasihat daripadanya dalam penyediaan teks ucapan.

“Hantaran itu juga memfitnah Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalan dirinya bagi tujuan tertentu berkaitan ajaran yang dibawanya.

“Hantaran video berkenaan juga membuat tuduhan ke atas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terlibat dalam salah laku dan rasuah selain menyatakan solat fardu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata, semakan yang dibuat mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing ke atas ketiga-tiga suspek berkenaan berkeputusan negatif.

Pihak polis juga telah membuat beberapa rampasan bagi membantu siasatan selain ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 49 tahun itu direman selama empat hari bermula Selasa sehingga Jumaat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading