Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS TAHAN WANITA KES PUKUL ANAK DI PREMIS DOBI LAYAN DIRI

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN WANITA KES PUKUL ANAK DI PREMIS DOBI LAYAN DIRI

Penahanan itu susulan rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

Tangkap layar daripada Media Sosial

CHUKAI: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di Chukai pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di sekitar daerah berkenaan pada 7.27 malam semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

“Siasatan mendapati wanita berkenaan bertindak sedemikian (memarahi dan memukul) kerana bimbang keselamatan anaknya yang berisiko dilanggar kenderaan kerana berlari-lari di hadapan kedai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Razi berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Kemaman, dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading