Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNRWA KECAM “HUKUMAN KOLEKTIF” TERHADAP RAKYAT PALESTIN, TIADA ALASAN WAJAR

DUNIA

UNRWA KECAM “HUKUMAN KOLEKTIF” TERHADAP RAKYAT PALESTIN, TIADA ALASAN WAJAR

UNRWA turut menyatakan bahawa situasi kemanusiaan yang semakin merosot berpunca daripada pengeboman berterusan dan sekatan yang menghalang kemasukan kemanusiaan serta bekalan komersial.

Keadaan khemah di Gaza yang telah dibom oleh tentera rejim Zionis.

Sumber Gambar: AFP

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin mengecam penderitaan luar biasa yang dialami oleh majoriti penduduk Gaza yang merupakan kanak-kanak, wanita dan lelaki awam, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menerusi akaun rasmi Twitter, agensi itu menegaskan bahawa tiada sebarang alasan yang boleh dijadikan justifikasi terhadap hukuman kolektif ke atas rakyat Palestin, sambil menggesa gencatan senjata segera.

UNRWA kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Semenanjung Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 orang pelarian.

Agensi itu turut menyatakan bahawa situasi kemanusiaan yang semakin merosot berpunca daripada pengeboman berterusan dan sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan serta bekalan komersial.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa kira-kira 420,000 orang telah dipindahkan sekali lagi sejak kerajaan pendudukan Israel meneruskan pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading