Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LENCANA JALUR GEMILANG: “BUKAN SEKADAR PAKAI SAHAJA, PERLU TAHU HIKMAH DAN TANGGUNGJAWAB” – BAPA

DALAM NEGARA

LENCANA JALUR GEMILANG: “BUKAN SEKADAR PAKAI SAHAJA, PERLU TAHU HIKMAH DAN TANGGUNGJAWAB” – BAPA

Hari ini, pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar telah dilaksanakan secara berperingkat di semua institusi pendidikan di bawak kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KUALA LUMPUR: Seorang bapa berbangsa Cina berkongsi pengalaman hari pertama dua orang anaknya memakai lencana Jalur Gemilang hingga mendapat perhatian netizen.

Ng Chee Kean menerusi Facebooknya berkata, dia menetapkan beberapa syarat buat anak-anaknya apabila memakai lencana Jalur Gemilang.

“Tidak boleh bagi kotor, tidak boleh sentuh lantai. Baju tidak boleh buang sini sana lagi.

“Apabila ada (memakai) Jalur Gemilang di dada, keutamaan bahasa akan diberikan kepada Bahasa Melayu. Apabila keluar kelas pergi beli makan di kantin, jumpa makcik pakcik Cina, semua wajib guna Bahasa Malaysia. Bagi ucapan dan salam pun dalam Bahasa Melayu apabila jumpa kawan-kawan walaupun di sekolah Cina.

“Bahasa Melayu awak perlu bertambah baik. Merosot atau tidak bertambah baik, saya akan keluarkan lencana. Nanti cikgu awak mungkin tanya Horace dan Howie – mana lencana awak? Awak boleh jawab Papa pegang. Dia akan tanya kenapa dia pegang? Awak jawab pada cikgu sebab Bahasa Malaysia saya kurang baik. Saya boleh jumpa Guru Besar sekolah jika perlu,” katanya.

Chee Kean mengingatkan anak-anaknya agar syarat-syarat yang ditetapkan perlu dipegang serta dilaksanakan.

Katanya, pemakaian lencana Jalur Gemilang itu bukan sekadar pakai sahaja, sebaliknya perlu tahu hikmah dan tanggungjawab sebagai seorang murid di sekolah.

Hari ini, pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar telah dilaksanakan secara berperingkat di semua institusi pendidikan di bawak kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading