PROGRAM DAN AKTIVITI BERTERAS AL-QURAN PERLU DIMARTABATKAN
KANGAR: Program dan aktiviti berteraskan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan dalam kehidupan umat Islam, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
KANGAR: Program dan aktiviti berteraskan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan dalam kehidupan umat Islam, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
“Kelas-kelas pengajian seperti kelas bacaan al-Quran, tajwid, hafazan, dan tafsir perlu dipergiatkan supaya masyarakat Islam lebih terdidik untuk mencintai al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Arau hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 2023 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar malam tadi.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Titah baginda, al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam kehidupan harian. Hal ini meliputi seluruh aspek kehidupan sama ada akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya.
“Maka seharusnya kita sebagai hamba Allah SWT berusaha untuk mendalami isi kandungannya agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita,” titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah faktor utama kekuatan umat Islam adalah keteguhan dalam berpegang dan beramal dengan pedoman al-Quran dan pendidikan yang sempurna mengenainya mampu melahirkan umat Islam yang hebat dan berdaya saing.
“Al-Quran juga akan menjadi benteng dalam menyekat anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan akidah dan prinsip agama seseorang Muslim,” titah baginda.
Sementara itu, Muhammad Anas Abdul Hadi muncul Johan Qari dengan markah 94 peratus dan Norsyafirah Jusoh yang mencatat markah 90.5 peratus sebagai Johan Qariah dalam Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Perlis 2023.
Muhammad Amirul Afiq Abd Rahim memenangi Kategori Hafazan 10 Juzuk Lelaki, Sharifah Balqis Syed Jamaluddin (Kategori Hafazan 10 Juzuk Perempuan), Muhammad Aiman Haikal Mazlan (Kategori Hafazan 20 Juzuk Lelaki), Nur Irdina Shahrin Zamani (Kategori Hafazan 20 Juzuk Perempuan) dan Muhammad Zawawi Dun (Kategori Hafazan 30 Juzuk Lelaki).
Hadiah kepada pemenang lelaki disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang wanita. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager