Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PSRA 2024: PERATUS KELULUSAN CATAT PENINGKATAN – JAIS

DALAM NEGARA

PSRA 2024: PERATUS KELULUSAN CATAT PENINGKATAN – JAIS

Pencapaian peratus kelulusan keseluruhan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2024 bagi negeri Selangor mencatat peningkatan kepada 89.4 peratus berbanding 88.5 peratus tahun lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (tengah) bergambar selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan PSRA/SMA/ SMATQ/ SMATQKBT/SMATD/SKM 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini.–fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Pencapaian peratus kelulusan keseluruhan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2024 bagi negeri Selangor mencatat peningkatan kepada 89.4 peratus berbanding 88.5 peratus tahun lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata daripada keputusan itu, sebanyak 9,178 calon iaitu 20.5 peratus mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), 14,865 calon mendapat pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 9,102 calon mendapat Jayyid (baik).

“Seramai 6,904 calon mendapat pangkat Maqbul (lulus) manakala bilangan yang mendapat Musaadah (perlu bimbingan) adalah 4,749 calon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pengumuman Keputusan Penuh Peperiksaan PSRA, Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran KBT (SMATQKBT), Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) dan Sijil KAFA Menengah (SKM) bagi 2024M/1446H di sini hari ini.

Mohd Shahzihan berkata 45,214 calon berdaftar bagi PSRA tahun ini dengan 44,799 calon iaitu 99.08 peratus hadir menduduki peperiksaan.  

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata keputusan keseluruhan bagi SMATQ 2024 mencatat 100 peratus lulus diikuti dengan SMATQKBT dan SMATD yang turut meraih keputusan sama.

Beliau berkata SMA pula mencatat peratus lulus 99.6 peratus dan SKM sebanyak 99.5 peratus.

“Secara keseluruhan prestasi pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang sangat baik hasil usaha berterusan oleh calon, ibu bapa, pihak sekolah, guru-guru dan pentadbir.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PSRA, SMA, SMATQ, SMATQKBT, SMATD dan SKM 2024,” katanya.  

Kesemua peperiksaan berkenaan dikendalikan oleh JAIS di bawah sekolah agama milik mereka termasuk juga sekolah swasta. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading