Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QARI CILIK, AHMAD AZFAR DINOBAT ANUGERAH KHAS TOKOH MURID KAFA

DALAM NEGARA

QARI CILIK, AHMAD AZFAR DINOBAT ANUGERAH KHAS TOKOH MURID KAFA

Ahmad Azfar membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 dan sijil penghargaan yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sumber Gambar: Facebook Istana Melaka & Azraie Abdul Hak

MELAKA: Qari Cilik Ahmad Azfar Azraie, 12, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Murid Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2023 pada Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka, hari ini.

Ahmad Azfar membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 dan sijil penghargaan yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ahmad Azfar yang aktif dalam pertandingan Tilawah al-Quran berjaya menempa nama bukan sahaja dalam Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Anak kepada Qari Azraie Abdul Hak itu pernah menjadi Johan Tilawah KAFA Peringkat Kebangsaan 2021 dan 2023 dan Johan Tilawah e-Tarannum Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan pada tahun 2020 dan 2021.

Di peringkat antarabangsa, Ahmad Azfar juga merangkul Naib Johan Tilawah Antarabangsa Tijan Nour anjuran negara Qatar pada 2023, juga Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa Mazamir Dawud kategori bawah 15 tahun di Algeria 2022. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading