PM ANWAR TIMANG CUCU KE-13

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimang cucu yang ke-13, hari ini.
Anwar berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Facebook beliau.
Bayi tersebut merupakan anak kepada adik Nurul Nuha Anwar dan suaminya.
“Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan Azizah hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13. Alhamdulillah. Tahniah anakanda Nuha dan Khairul,” katanya.
Sebelum ini Anwar turut menimang cucu ke-12 daripada anaknya yang ke-4, Nurul Ilham Anwar, pada 12 April lalu. –AlHijrah Online