Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCARI MADU LEBAH MAUT JATUH POKOK SETINGGI 30 METER

DALAM NEGARA

PENCARI MADU LEBAH MAUT JATUH POKOK SETINGGI 30 METER

Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter ketika hendak mengambil madu lebah dalam hutan Kampung Meranto, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG: Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter ketika hendak mengambil madu lebah dalam hutan Kampung Meranto, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Abdullah Che Nah, 35, dikatakan pergi mencari madu lebah bersama dua rakannya pada 12.18 tengah malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah memanjat pokok tualang itu, lalu terjatuh di atas akar banir pokok tersebut dan tidak sedarkan diri.

“Dua rakannya kemudian pergi ke Balai Polis Bertam untuk membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading