Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 TERBUNUH, 40 CEDERA BAS BAWA PENGANUT HINDU TERJUNAM KE DALAM GAUNG

DUNIA

10 TERBUNUH, 40 CEDERA BAS BAWA PENGANUT HINDU TERJUNAM KE DALAM GAUNG

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 40 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di wilayah Jammu di Kashmir yang ditadbir India.

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 40 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di wilayah Jammu di Kashmir yang ditadbir India, lapor Anadolu.

Kemalangan berlaku berhampiran kawasan Jajjar Kotli semasa penumpang dalam perjalanan ke kuil gua Hindu di kawasan Katra Jammu.

“Operasi menyelamat hampir selesai. Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri juga berada di tempat kejadian,” kata pegawai kanan polis Chandan Kohli kepada media.

Seramai 805 orang maut dan 8,372 yang lain cedera dalam 6,092 nahas jalan raya di wilayah Jammu dan Kashmir pada 2022, menurut data polis trafik.

Jammu, ibu kota musim sejuk di negeri Jammu dan Kashmiru, menyumbang jumlah tertinggi (551) kematian dan kecederaan (6,585) antara 2018 dan 2022.

Sebagai perbandingan, Srinagar ibu kota musim panas melaporkan 229 kematian dan 1,776 lagi cedera dalam tempoh yang sama.

Bilangan kemalangan yang tinggi di Jammu dikaitkan dengan keadaan jalan raya yang teruk, memandu dalam keadaan mabuk dan melulu selain muatan berlebihan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading