Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM MAHU JAKIM JADI GEDUNG DAKWAH, CONTOH DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

DALAM NEGARA

PM MAHU JAKIM JADI GEDUNG DAKWAH, CONTOH DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan tinggi kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tampil sebagai sebuah gedung dakwah yang menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Kompleks Islam Putrajaya, JAKIM, untuk pertemuan khas bersama pengurusan kanan JAKIM di Putrajaya, 30 Mei 2023. – SADIQ ASYRAF / Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan tinggi kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tampil sebagai sebuah gedung dakwah yang menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata Anwar juga mahu JAKIM menjadi institusi contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam.

“Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya pada petang Selasa.

“Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan JAKIM diketuai Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff,” kata Na’im dalam catatan di Facebooknya.

SADIQ ASYRAF / Pejabat Perdana Menteri

Tambah beliau perdana menteri turut  diberikan taklimat berkaitan struktur serta fungsi JAKIM termasuk usaha-usaha yang dilaksana JAKIM sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading