PEMBERIAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA KEPADA KANAK-KANAK EMPAT, LIMA TAHUN
PUTRAJAYA: Bermula esok hingga 31 Mei tahun depan, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).
PUTRAJAYA: Bermula esok hingga 31 Mei tahun depan, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia adalah program perluasan pemberian imunisasi pneumokokal iaitu sebelum ini, kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.
Dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, Dr Zaliha berkata kanak-kanak berusia empat dan lima tahun akan diberikan satu dos vaksin berbanding bayi yang diberikan sebanyak tiga dos pada usia empat bulan, enam bulan dan 15 bulan.
“Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan vaksin pneumokokal untuk anak mereka boleh mendapatkannya secara datang terus di klinik-klinik kesihatan dan desa di seluruh negara atau membuat janji temu di aplikasi MySejahtera,” katanya.
Vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.
Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria itu ialah radang paru-paru (pneumonia); radang sinus; jangkitan telinga tengah; radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis); serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).
Komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.
KKM mula melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1 Dis 2020 bagi kanak-kanak yang lahir bermula 1 Jan 2020.
Dr Zaliha berkata KKM menyasarkan 700,000 atau 70 peratus daripada satu juta kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 untuk diberikan vaksin pneumokokal dalam tempoh setahun itu.
Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak, terdapat 11 jenis produk vaksin diberikan untuk mencegah 13 penyakit cegahan vaksin iaitu Tuberkulosis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus (kancing gigi), Pertussis (batuk kokol), Haemophilus influenza type B, polio, measles (campak), mumps (beguk), dan rubella, katanya.
Bagi murid perempuan berumur 13 tahun, vaksin Human Papilloma Virus (HPV) diberikan manakala di Sarawak pula, vaksin Japanese Encephalitis turut diberikan, katanya.
“Kini pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi. Pencapaian ini juga telah diperakui oleh WHO,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked