Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘RAJA BOMOH’ DIPANGGIL PEJABAT MUFTI WP UNTUK DISEDARKAN TENTANG BATAS AKIDAH DAN IMAN

DALAM NEGARA

‘RAJA BOMOH’ DIPANGGIL PEJABAT MUFTI WP UNTUK DISEDARKAN TENTANG BATAS AKIDAH DAN IMAN

KUALA LUMPUR: Kehadiran ‘Raja Bomoh’ atau Ibrahim Mat Zain di lokasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan menawarkan untuk membantu mencari mangsa telah menimbulkan kegelisahan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokthar berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kerisauan itu dan telah meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) untuk memanggil individu tersebut dengan segera.

“Ia bagi memberikan nasihat tentang batas-batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti ritual yang bertentangan akidah Islam,” katanya.

Untuk rekod pada 2017, individu tersebut telah didakwa dan mengaku salah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. 

Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading