JEDA KEMANUSIAAN DIPERLUKAN UNTUK VAKSINASI 640,000 KANAK-KANAK DI GAZA – PBB
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam satu kenyataan memaklumkan agensi itu bersedia untuk memberikan vaksin, namun keadaan keselamatan yang semakin merosot memerlukan gencatan senjata sementara atas dasar kemanusiaan.
Seorang pekerja memunggah penghantaran vaksin polio yang disediakan dengan sokongan daripada UNICEF ke Semenanjung Gaza melalui persimpangan Karm Abu Salem, juga dikenali sebagai Kerem Shalom, di depot milik kementerian kesihatan Gaza. -foto AFP
ISTANBUL: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya mendesak agar jeda kemanusiaan segera dilakukan dalam konflik di Gaza untuk memastikan lebih 640,000 kanak-kanak dapat menerima vaksin polio, lapor Agensi Anadolu (AA).
Permintaan itu menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan segera permusuhan bagi mengelakkan penularan penyakit berkenaan dalam kalangan penduduk yang terdedah di kawasan itu.
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam satu kenyataan memaklumkan agensi itu bersedia untuk memberikan vaksin, namun keadaan keselamatan yang semakin merosot memerlukan gencatan senjata sementara atas dasar kemanusiaan.
Agensi itu memberi amaran bahawa kelewatan dalam kempen vaksinasi boleh meningkatkan risiko penularan polio dalam kalangan kanak-kanak.
Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNRWA, dan rakan kongsi lain, telah menghantar 1.2 juta dos vaksin polio jenis 2 ke Gaza.
Mereka merancang untuk memberi vaksin kepada lebih 640,000 kanak-kanak di wilayah itu.
Penghantaran vaksin kritikal itu disokong oleh Qatar Charity, yang mendermakan US$3 juta untuk membantu usaha UNRWA di Gaza.
Seorang pegawai kanan UNRWA Sam Rose menekankan keadaan mencabar di Gaza dengan keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan kerap berpindah disebabkan arahan Israel telah mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk penularan virus polio.
Beliau menegaskan bahawa kekurangan akses kepada keperluan asas seperti makanan, air, dan penjagaan kesihatan memburukkan lagi keadaan, menjadikan penularan virus itu ancaman yang nyata.
Situasi di Gaza bertambah rumit dengan laporan mengenai kes polio pertama yang dikesan di wilayah itu dalam tempoh 25 tahun pada 16 Ogos.
Kementerian Kesihatan Palestin melahirkan kebimbangan bahawa ini mungkin menunjukkan kehadiran banyak kes yang tidak dikesan.
Penemuan kes polio itu ditambah dengan masalah berterusan seperti sanitasi yang buruk dan akses air yang terhad.
Pegawai-pegawai PBB melahirkan kebimbangan mendalam mengenai krisis kesihatan yang sedang berlaku di Gaza, terutamanya sejak tercetusnya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober tahun lepas.
Sejak itu, kira-kira 50,000 bayi telah dilahirkan di Gaza dengan kebanyakannya tidak menerima sebarang vaksinasi akibat krisis yang berterusan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests