Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT BERTEMBUNG MOTOSIKAL ELAK PEMOTONG RUMPUT

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT BERTEMBUNG MOTOSIKAL ELAK PEMOTONG RUMPUT

Seorang remaja berusia 18 tahun maut sementara seorang pelajar Tingkatan 4 cedera dalam nahas motosikal bertembung di Jalan Telok Mas, di sini, petang semalam.

MELAKA TENGAH: Seorang remaja berusia 18 tahun maut sementara seorang pelajar Tingkatan 4 cedera dalam nahas motosikal bertembung di Jalan Telok Mas, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah Asisten Komisioner Christoper Patit berkata, kemalangan kira-kira jam 4.45 petang itu dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 16 tahun cuba mengelak pemotong rumput di tepi jalan.

“Ketika kejadian mangsa cedera yang juga pelajar dari arah rumah kedai menghala ke sekolah sebelum ternampak pemotong rumput di tepi sebelah kiri jalan.

“Pelajar itu mengelak ke kanan jalan hingga berlanggar dengan motosikal Honda RS 150 ditunggangi remaja 18 tahun yang maut,” katanya seperti lapor media tempatan.

Mangsa maut Muhammad Yusri Akbar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera pada tangan kiri.

Christopher berkata, setakat ini, tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading