REMAN SUSPEK UTAMA KES BUNUH SITI NUR SURYA DILANJUT 7 HARI

MARANG: Tahanan reman terhadap pelajar tingkatan enam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail disambung tujuh hari lagi bermula esok hingga 16 November 2020.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum ini telah direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu.

Pada 1 November lepas, Siti Nur Surya ditemui mati dalam keadaan menyayat hati oleh adik kandungnya sendiri di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Keesokan harinya, pelajar tingkatan enam tersebut yang juga rakan baik mangsa tampil memberi keterangan di Balai Polis Telemong.

Namun, keterangan yang diberikan gadis itu mencurigakan di samping terdapat kesan lebam di badan suspek yang menjurus kepada penahanannya. — AlHijrah Online

Leave a Reply