NAHAS HELIKOPTER: JENAZAH MOHD SABRI BAHAROM SELAMAT DIKEBUMIKAN

KUALA LUMPUR: Jenazah Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharom, salah seorang mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Taman Melawati semalam, selamat dikebumikan kira-kira jam 2.20 petang hari ini.

Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Jenazah Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharom dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Beberapa ahli keluarga serta kenalan rapat Allahyarham Mohd Sabri turut sama mengiringi jenazah ke tanah perkuburan tersebut.

Terdahulu jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Khalid-Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) belum berkahwin dan merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. — AlHijrah Online

Leave a Reply