RICH: WEBINAR TAHAJUD KUNCI KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT SECARA PERCUMA

KUALA LUMPUR: Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) merupakan program webinar tahajud yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.

Menerusi webinar tersebut peserta berpeluang mempelajari pelbagai ilmu dunia dan akhirat yang akan dikongsikan oleh panel-panel berwibawa.

Lebih menarik, tiada sebarang yuran dikenakan untuk mereka yang berminat menyertai webinar tersebut.

Webinar tahajud itu kebiasaannya akan dianjurkan setiap Sabtu bermula dari jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi menerusi platform Zoom.

Sesi RICH di platform ZOOM
Sesi RICH di platform ZOOM
May be an image of 2 people and text
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah IkhlasMarhaini Yusoff
Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Namanzee Harris

Program tersebut akan diturut disiarakan secara langsung menerusi Facebook (FB) di FB QuranHour, FB My #QuranTime, FB TickTalk TV, FB Akademi Sinergi dan FB Group Sahabah Al-Quran.

Pagi tadi turut berlangsung webinar RICH siri dua yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff.

Webinar RICH pada minggu hadapan 20 Februari 2021, akan membawakan tajuk ‘Tunduk Kepada Kebesaran Allah’.

Mereka yang berminat untuk menyertai webinar tersebut boleh mendaftar di https://www.legacycircle.com.my/live-webinar/rich-minggu-3-online/register.

Semestinya webinar tahajud percuma ini perlu dikejar semua pihak. – AlHijrah Online

Leave a Reply