Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“RIDER” WANITA MAUT TERPEROSOK BAWAH LORI TRELER

DALAM NEGARA

“RIDER” WANITA MAUT TERPEROSOK BAWAH LORI TRELER

Seorang penunggang motosikal wanita yang mengikuti konvoi bersama rakan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai, hari ini.

KULAI: Seorang penunggang motosikal wanita yang mengikuti konvoi bersama rakan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Firdaus Juritah berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada jam 11:38 pagi.

“Enam anggota berserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Apabila tiba di lokasi, didapati kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori treler dan dua buah motosikal.”

“Akibat kemalangan itu, seorang penunggang motosikal wanita berusia 35 tahun dikenali sebagai Suria Othman maut selepas terperosok ke bawah lori treler tersebut.”

“Manakala seorang lagi penunggang motosikal iaitu seorang wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan dan pemandu lori treler berusia 39 tahun selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.”

Berdasarkan satu rakaman video, kedua-dua penunggang motosikal berkenaan dilihat gagal mengawal motosikal semasa melalui selekoh menyebabkan motosikal ditunggangi mereka tergelincir sebelum bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading