PAKAIAN JURURAWAT AMAT SOPAN, TIDAK WAJAR DIPERBESARKAN – CUEPACS
Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata sebaliknya apa yang perlu diberikan keutamaan kini adalah dengan memberi fokus kepada permasalahan dan kebajikan warga kerja tersebut.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpandangan isu etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan adalah kes terpencil dan tidak perlu diperbesarkan.
Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata sebaliknya apa yang perlu diberikan keutamaan kini adalah dengan memberi fokus kepada permasalahan dan kebajikan warga kerja tersebut.
Beliau menjelaskan pemakaian dalam kalangan jururawat adalah bertepatan dengan kod pakaian profesion itu dan ia dibuat berdasarkan garis panduan yang sentiasa ditambah baik.
“Pemakaian seluar panjang dengan baju berlengan panjang ketika ini adalah amat sopan dan menutup aurat. Rekaan pakaian tersebut juga memudahkan pergerakan jururawat ketika melaksanakan tugas yang sentiasa memerlukan pergerakan fizikal.
“Soal pakaian ketat itu lebih kepada individu dan tidak menggambarkan keseluruhan jururawat dalam perkhidmatan awam. Dalam hal ini menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk membuat teguran dan memastikan etika pemakaian kakitangan masing-masing mematuhi garis panduan ditetapkan,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis lalu, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mempersoal etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa ketat dan tidak patuh syariah.
Dalam pada itu, Adnan, berkata pihaknya menerima maklum balas menyatakan kualiti kain yang disediakan kepada jururawat tidak sama antara petugas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sedangkan mereka daripada kementerian yang sama.
“CUEPACS berharap Kementerian Kesihatan dapat memastikan kualiti kain yang diberikan berkualiti tinggi serta seragam untuk semua negeri.
“Hal ini perlu diberikan penekanan tegas kepada pembekal yang mendapat kontrak perbekalan. Begitu juga bayaran upah jahitan perlulah dibuat penambahbaikan dengan membuat pembayaran bersekali dengan perbekalan kain,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.