RUNTUHAN BATU: MAYAT PEKERJA KUARI BERJAYA DIKELUARKAN
Mayat pekerja yang terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini berjaya dikeluarkan pada 2.36 petang, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon.
IPOH: Mayat pekerja yang terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini berjaya dikeluarkan pada 2.36 petang, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon.
Sayani berkata jasad mangsa Sohail Sajjad, 36, yang merupakan warga Pakistan berjaya dikeluarkan dalam keadaan sempurna meskipun terdahulu tangan mangsa tersangkut di bawah jentera.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.56 pagi dan setibanya di lokasi didapati keadaan ketika itu masih tidak selamat kerana terdapat runtuhan kecil sebelum meneruskan kerja penyelamatan sesudah keadaan kembali stabil.
“Kami berjaya alihkan batu-batu tersebut, tetapi keadaan kembali tak stabil, kami terpaksa menghentikan proses mengeluarkan mangsa pada masa itu, sebelum usaha memecahkan batu-batu yang menimpa tangan mangsa berjaya dilakukan apabila keadaan kembali stabil dan berjaya menarik keluar mangsa kira-kira 2.36 petang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sayani berkata jasad mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, selain memaklumkan operasi hari ini melibatkan kira-kira 20 anggota terdiri daripada bomba, polis, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Sayani berkata beliau difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya yang juga warga Pakistan sedang menggunakan jentera berkenaan bagi mengalihkan batu-batuan di lokasi berkenaan.
“Dimaklumkan ada runtuhan kecil dan mereka telah diarahkan meninggalkan kawasan tersebut. Mangsa bersama dua kawannya telah keluar, cuma mangsa ini berpatah balik kerana dikatakan ada barang dia yang tertinggal di situ.
“Dalam cubaan dia mengambil (barang) itulah yang runtuhan itu berlaku dan mangsa dalam usaha cuba menyelamatkan dirinya, berlindung di bawah mesin pengorek itu. Kami jumpa mangsa pun tadi memang masih di bawah mesin pengorek yang tertimbun dengan batu-batuan dan tangannya juga terlekat pada celah mesin itu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.50 pagi serta dengan kerjasama JBPM termasuk agensi berkaitan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu. — AlHijrah Online.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked