SABAH SASAR TURUNKAN HINGGA 80 PERATUS KADAR MISKIN TEGAR TAHUN INI
“Kita akan beri peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar. Nama miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat SMJ dan kita akan hantar nama ini kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan kilang-kilang supaya mereka diberi peluang pekerjaan,”
TUARAN: Kerajaan Sabah menyasarkan untuk menurunkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus kadar miskin tegar yang direkodkan di negeri itu menjelang penghujung tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sebanyak 22,510 ketua isi rumah (KIR) dikategorikan sebagai miskin tegar dalam senarai sistem e-Kasih negeri itu setakat ini.
Menurutnya Sabah optimis sasaran itu mampu dicapai menerusi beberapa inisiatif diperkenalkan termasuk memberi bantuan modal perniagaan dan menyediakan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mampu milik kepada golongan terlibat.
“Selain itu, kita akan beri peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar. Nama miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat SMJ dan kita akan hantar nama ini kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan kilang-kilang supaya mereka diberi peluang pekerjaan,” katanya.
Hajiji berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan surat penyertaan agensi pemberi bantuan bagi program rintis menoktahkan kadar miskin tegar di Tuaran dan pelantikan pekerja inisiatif MySMJ Kerja di sini hari ini.
Selain menyalurkan bantuan tunai kepada golongan sasar, Hajiji berkata kerajaan Sabah melihat usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar sebagai antara kaedah holistik membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.
“Kita bagi keutamaan (peluang pekerjaan) kepada anak-anak miskin tegar supaya mereka diambil bekerja dalam agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan pelabur yang datang ke Sabah. Menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk mengambil bekerja anak-anak miskin tegar daripada senarai e-Kasih,” katanya.
Sementara itu, Sekretariat SMJ dalam kenyataannya memaklumkan Sabah merekodkan sebanyak 101,113 ahli isi rumah miskin tegar dalam sistem e-Kasih.
Menurut sekretariat itu, sistem MySMJ Profiling dibina bertujuan menyimpan dan menganalisis data serta padanan bantuan bagi gerak kerja profiling ketua isi rumah dan ahli isi rumah berdasarkan e-Kasih, dengan Tuaran dipilih sebagai daerah rintis bagi melaksanakan sistem itu pada November tahun lepas.
Sekretariat itu turut melihat program tersebut sebagai satu manifestasi kerjasama semua agensi kerajaan khususnya yang terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada golongan miskin tegar di Tuaran ke arah meningkatkan ekonomi seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Pelaksanaan sistem MySMJ Profiling itu sedang berjalan di seluruh daerah dan kerangka kerja bagi mempercepatkan program menoktahkan miskin tegar juga akan diperluaskan di seluruh negeri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager