RAKYAT PALESTIN TERPAKSA KISAR MAKANAN HAIWAN GANTI TEPUNG GANDUM
Beberapa video memaparkan rakyat Palestin terpaksa memakan roti yang diperbuat daripada makanan haiwan ternakan manakala kucing dan anjing dilihat menggigit-gigit mayat yang bergelimpangan di jalanan.
GAZA: Penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza mula mengisar makanan haiwan ternakan untuk membuat roti kerana kekurangan tepung gandum susulan Tel Aviv menyekat bantuan kemanusiaan.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa hampir tiada bantuan kemanusiaan sampai ke bahagian utara Gaza, manakala rakyat Palestin yang tinggal di wilayah itu bergelut untuk mendapatkan makanan.
Makanan binatang ternakan dijual di utara Gaza untuk kegunaan manusia kerana bekalan tepung gandum yang terhad.
Beberapa video memaparkan rakyat Palestin terpaksa memakan roti yang diperbuat daripada makanan haiwan ternakan manakala kucing dan anjing dilihat menggigit-gigit mayat yang bergelimpangan di jalanan.
Di bandar selatan Khan Younis, tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terus berlanjutan, membiarkan mayat rakyat Palestin mereput tanpa dikebumikan serta menghalang orang ramai daripada mengeluarkan mayat dari runtuhan.
Saksi mendakwa terdapat beberapa rakyat Palestin cuba kembali ke lokasi serangan untuk mencari jenazah insan tersayang tetapi menjadi sasaran kereta kebal Israel.
Saksi juga mendakwa terdapat ambulans yang cuba membawa beberapa mayat ke Kompleks Perubatan Nasser di pusat bandar tetapi anggota paramedik terpaksa melarikan diri akibat diserang kereta kebal Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta penduduk di Semenanjung Gaza menghadapi risiko kebuluran.
Walaupun Israel membenarkan beberapa trak bantuan kemanusiaan masuk ke Semenanjung Gaza, trak ini diedarkan terutamanya di kawasan selatan Gaza manakala kawasan utaranya kekal terpinggir akibat pengepungan.
Sekurang-kurangnya 25,700 rakyat Palestin terbunuh manakala 63,740 lagi cedera sejak 7 Okt tahun lalu.
Serangan rejim Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB. –AlHijrah Online
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked