KUALA BERANG: Op Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini ternyata membawa seribu satu rahmat kepada Mad Sudin Mustapa, 63, yang baru kehilangan ibunya pagi ini.
Anggota Angkatan Tentera (ATM) terpaksa meredah banjir bagi mengusung jenazah warga emas, Kelthom Mat, 84, yang meninggal pada jam 9.00 pagi akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Bukit Tadok hari ini. – Bernama
KUALA BERANG: Op Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini ternyata membawa seribu satu rahmat kepada Mad Sudin Mustapa, 63, yang baru kehilangan ibunya pagi ini.
Ibu Mad Sudin, Kalthom Mat, 84, meninggal dunia pada kira-kira 9 pagi tadi akibat sakit tua.
Malangnya, kediaman dihuni dua beranak itu di Kampung Bukit Tadok, di sini ditenggelami banjir sejak semalam hingga menyukarkan kerja pengurusan jenazah warga emas berkenaan.
“Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana menghantar pasukan ATM memudahkan kerja menguruskan pengebumian ibu saya hari ini.
“Memang susah kalau tiada mereka kerana terpaksa bergantung kepada orang kampung yang saya rasa mungkin menghadapi kesukaran untuk meredah banjir sambil mengusung jenazah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mad Sudin berkata dia segera bersetuju untuk menggunakan khidmat pasukan itu setelah dikhabarkan oleh penghulu kampung tentang operasi ATM di kampung mereka yang sedia menawarkan bantuan pada bila-bila masa.
Penugasan ATM oleh Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Seri Pantai, Kuala Nerus itu diketuai Mejar Shah Hadi Shah Budin.
Sepasukan anggota yang diberi tanggungjawab mengurus situasi banjir di daerah Hulu Terengganu itu, mengusung jenazah Kalthom turun dari kediamannya lalu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Bukit Tadok untuk dimandi, dikafan serta disolatkan sebelum dibawa menaiki bot hingga ke tanah perkuburan di kampung berkenaan selepas solat Asar, petang ini.
Pegawai Memerintah batalion itu, Lt Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata bantuan menguruskan jenazah warga emas berkenaan merupakan antara tugasan kumpulannya yang diatur gerak sebagai ‘first responder’ membantu mangsa banjir di daerah tersebut.
Atur gerak berkenaan, katanya melibatkan tiga pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat termasuk aset perairan serta kenderaan bagi membantu memindahkan mangsa di kawasan terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat 4 petang ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan seramai 1,067 mangsa terjejas banjir gelombang keempat di negeri itu, dengan tiga PPS masih dibuka di daerah Hulu Terengganu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked