Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAKSI, MANGSA DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL PENDAKWAH DIMINTA TAMPIL BERI KETERANGAN

DALAM NEGARA

SAKSI, MANGSA DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL PENDAKWAH DIMINTA TAMPIL BERI KETERANGAN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta saksi termasuk mangsa terlibat dengan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini beberapa individu sudah tampil memberi keterangan untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Siasatan masih berjalan. Kita minta saksi-saksi yang mempunyai maklumat untuk tampil kepada pihak polis.

“Ini bagi membolehkan pihak polis merakam percakapan dalam siasatan kes berkenaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Jumaat lepas, PDRM mengesahkan telah memanggil semula pendakwah terkenal termasuk isterinya untuk diambil keterangan berhubung siasatan dijalankan.

Polis juga mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan susulan video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading