Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SEKATAN JALAN RAYA BESAR-BESARAN DALAM FASA ENDEMIK

DALAM NEGARA

TIADA SEKATAN JALAN RAYA BESAR-BESARAN DALAM FASA ENDEMIK

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 secara besar-besaran selepas memasuki fasa endemik.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun berkata, PDRM tetap akan melakukan pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis di bawah Ops Patuh.

“Ya, ini akan kekal sebagai sebahagian daripada Ops Patuh PDRM. Pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis akan terus dilakukan untuk pematuhan SOP terutamanya di pintu-pintu masuk, perkara ini kekal penting.

“Tetapi tentunya tidak ada sekatan jalan raya yang besar,” ulas Khairy di laman Twitternya.

Sementara itu, Khairy menyarankan orang ramai untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dengan lebih kerap selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan.

Katanya, langkah tersebut penting terutamanya mereka yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa, lakukan ujian air liur RTK Antigen. Jaga keselamatan mereka,” menerusi ciapannya, hari ini.

Ujar Khairy, tanggungjawab untuk mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19 kini terletak pada tingkah laku peribadi.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kita tidak boleh mengatur sekatan jalan raya untuk melihat sama ada anda telah divaksinasi atau melakukan ujian saringan.

“Kini ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi, saya percaya kita dapat menghadapi cabaran dalam pembukaan dengan selamat,” jelasnya.

Hari ini, jumlah vaksinasi lengkap populasi dewasa mencecah 88.4 peratus atau 20,819,254 manakala 73.8 peratus atau 24,085,144 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading