Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JSJK SIASAT LAPORAN SUSPEK PENGEDAR DADAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEKERASAN POLIS

DALAM NEGARA

JSJK SIASAT LAPORAN SUSPEK PENGEDAR DADAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEKERASAN POLIS

KUALA LUMPUR: Semalam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul, Kuala Lumpur telah berjaya menangkap seorang suspek lelaki warga tempatan dan telah merampas dadah jenis Methamphetamine dan Heroin.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, selepas ditangkap, suspek telah mengalami sesak nafas dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Kuala Lumpur.

“Pada 6 Oktober 2021, jam lebih kurang 3.15 pagi, pihak polis telah menerima laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan yang merupakan anak saudara kepada suspek (si mati).

“Dalam laporan tersebut, anak saudara suspek (si mati) mengatakan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan terhadap suspek semasa melakukan tangkapan,” katanya.

Susulan itu beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan ini.

Mayat suspek (si mati) katanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan laporan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading