Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI RAKAM LELAKI LAIN DALAM TANDAS DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI RAKAM LELAKI LAIN DALAM TANDAS DITAHAN

SUBANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas dia berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai serta merakam pengguna di dalam tandas lelaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung tangkapan suspek berusia 37 tahun oleh orang awam di stesen minyak Shell Batu 3, Shah Alam pada jam 2.25 pagi 3 Oktober lalu.

“Polis membuat tangkapan semula pada jam sekitar 2.45 pagi hari yang sama.

“Suspek telah ditahan oleh orang awam yang hendak menggunakan tandas apabila didapati suspek dengan telefon bimbitnya sedang merakam pengguna yang menggunakan tandas bersebelahan,” katanya.

Abd Khalid berkata, hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek mendapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil.

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Subang Jaya bagi tindakan selanjutnya dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia serta tidak berkelakuan melampaui batasan.

“Kerjasama masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah amat dialu-alukan melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Subang Jaya) untuk tindakan lanjut dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading