Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAYA MAHU REHAT DAHULU – DR NOOR HISHAM

DALAM NEGARA

SAYA MAHU REHAT DAHULU – DR NOOR HISHAM

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melambai tangan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan sebelum meninggalkan pekarangan Kementerian Kesihatan hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ KKM ketika negara berdepan pandemik COVID-19, merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan wabak itu dalam negara.

“Rehat dulu,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengimbas kad perakam waktu pada pukul 4.17 petang sebagai simbolik hari terakhir bertugas di KKM hari ini.

Beliau diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan warga KKM yang turut hadir mengucapkan  selamat bersara kepadanya.

“Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, COVID-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik dan memang saya tertunggu-tunggu untuk bersara,” kata Dr Noor Hisham.

Dr Zaliha dalam satu hantaran di Facebook beliau merakamkan penghargaan kepada Dr Noor Hisham atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di KKM. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading