Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEBUAH KAPAL PETRONAS BERJAYA LEPASI SELAT HORMUZ

EKONOMI

SEBUAH KAPAL PETRONAS BERJAYA LEPASI SELAT HORMUZ

Perdana Menteri berkata, Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Iran dan negara-negara Teluk, sekali gus memudahkan rundingan apabila berdepan isu yang melibatkan kepentingan negara.

PORT DICKSON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sebuah lagi kapal tangki milik PETRONAS yang diberi kelulusan melalui Selat Hormuz dijangka tiba di Melaka pada awal Ogos ini.

Beliau berkata, perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz kepadanya pagi tadi.

Anwar berkata, kejayaan kapal itu meneruskan pelayaran disifatkan sebagai hasil dasar luar Malaysia yang bijaksana, khususnya dalam mengekalkan hubungan baik dengan Iran.

“Satu lagi kapal PETRONAS bertolak dari Yanbu, Arab Saudi, melalui Laut Merah, diberi kelulusan dan akan sampai ke Melaka pada awal Ogos,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Beliau berkata, Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Iran dan negara-negara Teluk, sekali gus memudahkan rundingan apabila berdepan isu yang melibatkan kepentingan negara.

“Apabila disekat kapal PETRONAS beberapa bulan lalu, bila mula perang (antara AS dan Iran), hubungan baik kita menyebabkan mudah saya menelefon Presiden Iran (Masoud Pezeshkian).

Beliau berkata hubungan diplomatik yang baik dengan Iran membolehkan Malaysia mendapatkan kebenaran agar kapal PETRONAS menjadi antara kapal terawal yang dibenarkan melalui Selat Hormuz sebelum selamat tiba di Pengerang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in EKONOMI

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading