SEGERAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI PAHANG, JANGAN POLITIKKAN – AGONG
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria (kiri) ketika melawat jalan yang mendap di KM 73 Seksyen 102 FT12 Lebuhraya Kuantan-Segamat hari ini. — fotoBERNAMA
PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.
“Saya harap (dalam tempoh) jangka panjang kerajaan harus percepatkan projek-projek tebatan banjir, yang telah dirangka oleh pihak berwajib di seluruh Pahang, dan saya harap janganlah berpolitik dalam hal ini, seelok-eloknya ambil secara serius dan urgent untuk bina tebatan banjir di seluruh Pahang,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 di sini. Turut berangkat sama ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli, Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Hafizah Zakaria dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Dalam titah baginda ketika menyantuni mangsa banjir di PPS berkenaan, Seri Paduka mengingatkan pelaksanaan projek-projek berkenaan perlu diambil serius oleh pihak bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan agar kebersihan di PPS sentiasa dijaga khususnya tandas bagi keselesaan mangsa banjir.
“Wabak COVID-19 pun masih ada di negara kita, saya tak mahu lepas banjir ada penyakit lain pula, jangan pandang ringan soal kebersihan, sentiasa jaga kebersihan,” titah baginda.
Baginda turut menzahirkan simpati kepada mangsa banjir dan berharap mereka dapat pulang semula ke rumah masing-masing secepat mungkin.
Terdahulu, baginda berkenan mendengar sembah taklimat daripada Zaliza sebelum mengurniakan sumbangan kepada wakil mangsa lemas di Ladang Sungai Bebar Utara Nenasi, di sini Allahyarham Muhammad Adhwa Haslan dan mangsa banjir yang lain.
Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah turut menyantuni dan beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya.
Selain itu, baginda turut meluangkan masa melihat mendapan jalan di KM73 Seksyen 102, FT12 Lebuhraya Kuantan-Segamat akibat hujan lebat dan berkenan mendengar sembah taklimat daripada Hafizah.
Setakat 12 tengah hari, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang merekodkan seramai 1,195 mangsa banjir berada di 17 PPS dengan 975 daripada jumlah itu merupakan mangsa banjir di Pekan yang ditempatkan di 11 PPS. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.