Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEJUTA JEMAAH DIBENAR TUNAI HAJI – ARAB SAUDI

DUNIA

SEJUTA JEMAAH DIBENAR TUNAI HAJI – ARAB SAUDI

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kebenaran kepada sejuta jemaah untuk menunaikan haji bagi musim 1443 hijrah / 2022 masihi.

Gambar: AFP

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kebenaran kepada sejuta jemaah untuk menunaikan haji bagi musim 1443 hijrah / 2022 masihi.

Dalam satu kenyataan yang dipanjangkan kepada Alhijrah Online, Kementerian itu memaklumkan, bilangan jemaah kali ini berkurang berbanding sebelum pandemik melanda dua tahun lalu sebagai usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Antara syarat utama yang diletakkan kementerian itu adalah jemaah perlu berusia di bawah 65 tahun dan telah lengkap divaksinasi yang diluluskan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Jemaah dari luar Arab Saudi mesti mengemukakan keputusan negatif ujian PCR yang dibuat dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke negara itu”, menurut kenyataan itu.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut memaklumkan bilangan jemaah yang dibenarkan dari seluruh dunia masih bergantung kepada bilangan kuota yang diluluskan dan turut mengambil kira pematuhan kepada protokol kesihatan yang dikeluarkan Arab Saudi.

Sementara itu, Arab Saudi turut mengingatkan jemaah supaya sentiasa patuh kepada arahan kesihatan dan langkah-langkah keselamatan bagi memastikan situasi kesihatan jemaah sentiasa dalam keadaan baik terutama ketika menunaikan rukun Islam kelima itu. —Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading