Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEJUTA JEMAAH: JAMINAN MELAKSANAKAN HAJI SEMAKIN BERSINAR

DALAM NEGARA

SEJUTA JEMAAH: JAMINAN MELAKSANAKAN HAJI SEMAKIN BERSINAR

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan Arab Saudi yang membenarkan sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa untuk menunaikan haji tahun ini merupakan satu berita yang menggembirakan umat Islam.

Gambar Arkib: Bernama

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan Arab Saudi yang membenarkan sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa untuk menunaikan haji tahun ini merupakan satu berita yang menggembirakan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata jaminan untuk melaksanakan ibadah haji ternyata semakin bersinar dengan pengumuman tersebut.

“Kuota haji yang dibenarkan bagi Malaysia akan dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Lembaga Tabung Haji (TH) sedikit masa lagi. 

“Terus berdoa, sabar dan fokus dalam menjalani ibadah (pada bulan) Ramadan dan sungguh-sungguhlah berdoa agar kita dapat menjadi tetamu Allah kelak,” katanya menerusi catatan dalam akaun Facebook hari ini. 

Ujarnya dua tahun ibadah itu tidak dapat dilaksanakan jemaah dari Malaysa ia merupakan satu tempoh yang cukup lama bagi mereka yang rindukan bumi Haram untuk menunaikan tanggungjawab rukun Islam dengan penuh hikmah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya satu juta umat Islam tempatan dan antarabangsa di bawah usia 65 tahun dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Dua syarat yang ditetapkan ialah sudah divaksinasi dengan vaksin COVID-19 yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan melakukan saringan COVID-19 72 jam sebelum berlepas. 

Dalam pada itu Idris berkata TH telah bersedia untuk memastikan kelancaran ibadah haji kepada bakal-bakal jemaah Malaysia dan hanya menunggu untuk mendapatkan kuota jemaah, katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading