Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELEPAS 34 WARGA PALESTIN MAUT, GENCATAN SENJATA DICAPAI DI GAZA

DUNIA

SELEPAS 34 WARGA PALESTIN MAUT, GENCATAN SENJATA DICAPAI DI GAZA

GAZA CITY: Gencatan senjata akhirnya dicapai di Gaza selepas dua hari serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik itu sejak Selasa lalu.

Kumpulan Jihad Islam dilaporkan bersetuju menghentikan serangan selepas Israel bersetuju dengan gencatan senjata dipelopori Mesir.

Jurucakap Jihad Islam, Musab Al-Braim, memberitahu agensi berita Anadolu yang gencatan senjata di Gaza itu bermula 5 pagi waktu tempatan.

Al-Braim berkata pihaknya bersetuju dengan gencatan senjata itu atas permintaan kumpulan-kumpulan pejuang di wilayah itu.

“Gencatan senjata dengan Mesir sebagai orang tengah, dipersetujui selepas penjajah (Israel) tunduk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jihad Islam bagi pihak kumpulan penentang di Gaza,” kata Al-Braim.

Jurucakap tentera Israel, Avichai Adraee turut mengesahkan gencatan senjata itu.

Serangan rejim Israel menyebabkan 34 warga Palestin maut dan lebih 110 cedera.

Situasi tegang di Gaza bermula selepas Israel membunuh komander Jihad Islam, Bahaa Abu al-Atta.

Kumpulan penentang itu kemudiannya membalas serangan udara Israel dengan melancarkan roket. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading