Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SENARAI TIMBALAN MENTERI DIUMUM MALAM INI – PM

DALAM NEGARA

SENARAI TIMBALAN MENTERI DIUMUM MALAM INI – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai nama timbalan menteri pada malam ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai nama timbalan menteri pada malam ini.

Anwar berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini bagi mempersembahkan senarai nama berkenaan.

“Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Tuanku (Agong) pada petang ini dan Insya-Allah pada 8.15 malam kita umumkan nama-nama timbalan menteri,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada petang ini.

Media melaporkan Anwar dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah pada petang ini bagi memaklumkan senarai timbalan menteri yang bakal dilantik menyertai pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading