SEORANG KANAK-KANAK PALESTIN HILANG MATA KIRI DITEMBAK REJIM ISRAEL

BAITULMAQDIS: Seorang kanak-kanak lelaki Palestin hilang mata kirinya selepas ditembak tentera Israel, menurut laporan agensi berita Anadolu.

“Kecederaan Malek (Issa) adalah kritikal. Beliau terlepas dari kematian tetapi hilang mata kirinya,” kata bapa kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu dalam sebuah video dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan, Pusat Maklumat Wadi Hilweh.

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS DITEMBAK – SUMBER FOTO: HAREETZ.COM

“Beliau pulih daripada kecederaan otak, tetapi kini tidak dapat melihat menggunakan mata kirinya, walaupun ia (mata kiri) tidak dibuang kerana pendarahan dalaman.”

“Terdapat risiko kerosakan mata secara menyeluruh, sekiranya hospital tidak dapat menyembuhkan luka dalaman di mata kirinya, “katanya.

Dalam insiden Sabtu lalu di Isawiya, Baitulmaqdis, Malek Issa tercedera ketika pulang dari sekolah bersama adik perempuannya kerana terkena tembakan dilepaskan rejim Israel ketika konfrantasi.– Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply