Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: ANGKA KORBAN DI CHINA MENINGKAT LEBIH 2,000

DUNIA

COVID-19: ANGKA KORBAN DI CHINA MENINGKAT LEBIH 2,000

BEIJING: Angka korban akibat koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 2,005 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China hari ini.

Menurut agensi berita Anadolu, pihak berkuasa mengatakan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 74,185 kes disahkan manakala 136 orang meninggal dunia.

Seramai 11,977 lagi yang dijangkiti berada dalam keadaan kritikal.

Jumlah mereka di bawah pemantauan perubatan menurun kepada 135,881 manakala bilangan pesakit dibenarkan pulang meningkat kepada 14,376.

Di luar tanah besar China, jumlah mereka yang dikesan dengan virus itu seramai 62 orang di Hong Kong dan 10 di Macau.

Koronavirus yang kini dikenali Covid-19 dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan terutama kelawar.

Virus itu merebak ke lebih 20 negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading