Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TURKI KELUARKAN ARAHAN PENAHANAN 700 SUSPEK GERAKAN GULEN

DUNIA

TURKI KELUARKAN ARAHAN PENAHANAN 700 SUSPEK GERAKAN GULEN

ANKARA: Pihak berkuasa Turki mengeluarkan arahan penahanan bagi lebih 700 suspek didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan yang cuba merampas kuasa pada 2016, demikian laporan NTV.

Xinhuanet melaporkan, terdapat 766 arahan penahanan, membabitkan operasi untuk Gerakan Gulen yang mempunyai hubungan dengan Kementerian Keadilan dan Tentera Turki, menurut laporan NTV.

Pihak berkuasa Turki juga dilaporkan mengeluarkan waran tangkap kepada 467 suspek di seluruh Turki di atas tuduhan memperoleh soalan ujian kemasukan polis secara haram dengan menggunakan pengaruh gerakan Gulen pada 2009, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Ratusan daripada mereka ditahan di 67 wilayah di seluruh Turki sejak pagi semalam, lapor agensi itu.

Fetullah Gulen, ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat dituduh oleh Ankara mendalangi cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai 2016.

Kerajaan Turki melancarkan operasi besar-besaran terhadap penyokong Gulen di dalam negara selepas cubaan rampasan kuasa itu dan mengeluarkan waran tangkap untuk suspek di luar negara.

Washington bagaimanapun enggan mengekstradisi ulama yang hidup dalam buangan itu dengan alasan Ankara tidak mempunyai bukti mencukupi. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading