SEPASANG KEKASIH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK LELAKI DI KOTA TINGGI
Mohamad Izwan Mahmood, 25, dan remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa dengan niat bersama membunuh kanak-kanak lelaki berumur empat tahun itu antara 8 pagi hingga 2 petang, pada 23 Dis 2022.
Mohamad Izwan Mahmood, 25, (kiri) dan remaja perempuan berusia 16 tahun (kanan) didakwa dengan niat bersama membunuh kanak-kanak lelaki berumur empat tahun itu antara 8 pagi hingga 2 petang, pada 23 Dis 2022. –fotoBERNAMA
BATU PAHAT: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki di Felda Semenchu, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Disember tahun lepas.
Mohamad Izwan Mahmood, 25, dan remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa dengan niat bersama membunuh kanak-kanak lelaki berumur empat tahun itu antara 8 pagi hingga 2 petang, pada 23 Dis 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua penganggur itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala kedua-dua tertuduh yang merupakan rakan kepada kakak mangsa, tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 22 Feb ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat.
Di mahkamah berasingan, kakak kepada kanak-kanak itu, Nurul Natashah Danial @ Zainal, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya adik lelakinya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Suri rumah itu yang dipertanggungjawab menjaga adiknya didakwa melakukan perbuatan terbabit di Senggarang, Batu Pahat antara 10 pagi hingga 10 malam, antara November hingga Disember 2022.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurasidah A Rahman menetapkan 12 Jan bagi pendengaran permohonan jaminan oleh peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh manakala 26 Jan ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Pada 26 Dis, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, selepas tiga hari dimasukkan ke hospital berkenaan, dipercayai didera oleh kakak dan rakan kakaknya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked