SHAHIR JUARA HIJRAHKAN LAGUKU

KUALA LUMPUR: Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti, Hijrahkan Laguku Musim Pertama.

Shahir yang menghijrahkan lagu ‘Madah Berhelah’ dari Ziana Zain bertajuk ‘Madahku’ pada peringkat ‘final’ hari ini membawa pulang hadiah utama RM100,000.

Sementara itu, tiga bintang Hijrahkan Laguku yang turut bersama dalam pentas akhir merangkul naib johan dengan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000.

Tiga bintang Hijrahkan Laguku tersebut adalah Datuk Nashrudin Elias, Fikri Mark Adam Abdullah (Mark Adam) dan Wan Syahman Wan Yunus (Iwan Syahman).

Hadir menyampaikan trofi kepada pemenang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad.

Turut hadir, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris —AlHijrah Online

Leave a Reply