Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHEIKH AL-AZHAR TAMATKAN LAWATAN KHAS DI MALAYSIA

DALAM NEGARA

SHEIKH AL-AZHAR TAMATKAN LAWATAN KHAS DI MALAYSIA

Sheikh Al-Azhar yang dikenali sebagai ketua ilmu telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama.

SEPANG: Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Al-Azhar diberikan upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan. 

Penerbangan komersial membawa Sheikh Al-Azhar berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 9 pagi ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. 

Dalam rangka lawatan khas empat hari bermula Selasa lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar di Istana Negara semalam. 

Sheikh Al-Azhar turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Penganugerahan kepada Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir itu disempurnakan Pro-Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dalam Majlis Konvokesyen Khas.

Anwar menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan oleh dunia Islam.

Beliau berkata Sheikh Al-Azhar yang dikenali sebagai ketua ilmu telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading