Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOKONG RUU MUFTI SEBAGAI TERAS PERPADUAN UMAT ISLAM 

DALAM NEGARA

SOKONG RUU MUFTI SEBAGAI TERAS PERPADUAN UMAT ISLAM 

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memberi sokongan sepenuhnya kepada Rang Undang Undang (RUU) MUFTI (Wilayah Persekutuan) sebagai teras perpaduan umat Islam di Malaysia.

Pengerusi Nadwah Ulama dan Ilmuwan YADIM (NUIM) Dr Bashir Mohamed Al-Azhari berkata dukungan pihaknya terhadap RUU itu terutama melalui perkara 4 yang mentakrifkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al- Maturidiah, fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan 3 Mazhab yang lain, dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid. 

Dr Bashir turut berkongsi kenyataan Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim yang menyatakan RUU tersebut sangat relevan dan penting minimum kerana tiga perkara iaitu semangat persekutuan yang memartabatkan Majlis Raja-Raja sebagai Institusi yang menaungi Agama Islam di negara ini.

Dua lagi perkara ialah Al-Asyairah merupakan sebuah aliran zaman berzaman di Malaysia dan paling terbuka dan fleksibel dengan warisan, adat istiadat dan amalan majoriti umat Islam di negara ini, dan Al-Asyairah tidak terlibat langsung dengan usul ektrimisme dan mampu mengekang fahaman-fahaman radikal di negara ini.

“Sokongan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) ia selari dengan konsep perpaduan umat Islam pada dasar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah melalui aliran Al-Asyairah dari sudut akidah dengan saranan tokoh-tokoh besar Islam dalam negara mahupun luar negara seperti Syeikh Abdullah Fahim, Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan juga tokoh ilmuwan dunia al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

“Hal ini bertujuan bagi membentuk metafora perpaduan yang seimbang dalam pengamalan agama Islam di negara Malaysia,” kata Dr Bashir dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya YADIM komited Melestari Gerakan Dakwah dan memperkasa pegangan Ahlus Sunnah Waljamaah, supaya masyarakat Islam dalam negara terus subur dengan budaya ilmu dan pengamalan dalam kehidupan seharian menepati acuan gagasan Malaysia MADANI yang di bawa kerajaan perpaduan hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading