Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIASATAN ‘AGAMA MELAYU’ SELESAI DALAM MASA TERDEKAT

DALAM NEGARA

SIASATAN ‘AGAMA MELAYU’ SELESAI DALAM MASA TERDEKAT

TUMPAT: Siasatan lanjut berhubung ajaran agama baharu atau ‘Agama Melayu’ yang menolak ajaran Islam dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Proses siasatan yang dikendali Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) kini di peringkat akhir dan hasilnya akan diberitahu kepada umum.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, sekiranya wujud sebarang penyelewengan atau amalan ajaran sesat, tindakan lanjut akan diambil termasuk proses pendakwaan di Mahkamah.

“Setakat ini yang didakwa itu hanya berlaku di Selangor, cuma nasihat saya jangan cepat menghukum berdasarkan video yang tular.

“Kita serah pada pihak berkuasa dan berautoriti untuk membuat siasatan, mereka lebih ada kepakaran,” katanya selepas menyerahkan bantuan Tabung Musaadah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Hospital Tumpat.

Tambah Ahmad Marzuk, soal penyeleweng akidah ini melibatkan kepakaran tertentu dan bukan semua orang boleh menentukan sama ada menyeleweng atau sebaliknya.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan berkaitan perkara itu minggu lepas selepas sebuah video mengenainya tular di laman media sosial.

Media sebelum ini turut melaporkan pihak berkuasa sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang menolak ajaran Islam.

Dalam laporan itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan berkata sebagai agensi dakwah, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah serta fikrah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading