Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAFA D’ HIJRAH MAMPU TARIK MINAT PELAJAR

DALAM NEGARA

KAFA D’ HIJRAH MAMPU TARIK MINAT PELAJAR

KUALA LUMPUR: Kaedah pembelajaran melalui televisyen seperti program ilmu baharu TV AlHijrah, ‘KAFA d’ Hijrah’ dilihat lebih bersifat dinamik dan mampu meraih tumpuan pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata dengan penggunaan elemen kreatif dan animasi dalam rancangan tersebut ia bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga orang dewasa untuk mempelajari ilmu Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Kita cuba mengetengahkan bentuk baru penyampaian ilmu KAFA ini dalam kaedah baru untuk menarik minat supaya pelajar bagi kecaknaan dan keprihatinan terhadap ilmu.

“Inilah yang kami dambakan dan inilah yang kami harapkan,” katanya kepada AlHijrah online selepas merasmikan ‘KAFA d’ Hijrah’ pagi tadi.

Tambahnya, inisiatif kelas KAFA yang disiarkan TV AlHijrah merupakan langkah baik dalam membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menimba ilmu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, rancangan tersebut merupakan satu peluang kepada ibu bapa untuk turut mempelajari dan mengikuti kelas KAFA bersama anak-anak.

“Melalui kelas KAFA di TV AlHijrah, kami merasakan ini satu peluang kepada ibu bapa dan anak bersama.

“Anak-anak boleh ulangkaji manakala ibu bapa boleh memperkemaskan ilmu masing-masing sambil bersembang dan berbincang dengan anak-anak,” katanya.

‘KAFA d’ Hijrah’ akan disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 4.30 petang dan ulangan pada 6.30 petang hari yang sama serta 11.30 pagi hari berikutnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading