Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SINDIKET PENYELUDUPAN ETNIK ROHINGYA TUMPAS

DALAM NEGARA

SINDIKET PENYELUDUPAN ETNIK ROHINGYA TUMPAS

Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk etnik Rohingya ke negara ini dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur dengan menggunakan bas ekspres

Foto: Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen menggagalkan cubaan membawa masuk etnik Rohingya ke negara ini melalui jalan tikus di sempadan sekaligus menumpaskan sindiket penyeludupan manusia yang aktif sejak setahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, hasil aduan orang awam dan risikan sejak tiga minggu lalu, Jabatan Imigresen bertindak menahan sebuah kereta proton Wira yang dilihat mencurigakan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu, Kelantan dalam operasi khas pada 1 Jun lepas.

“Kenderaan itu ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu dan selepas pemeriksaan menahan dua lelaki etnik Rohingya disyaki penghantar serta pembantu.

“Bersama mereka terdapat dua lelaki etnik sama yang disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penahanan mereka membawa kepada serbuan di sebuah kediaman di Kota Bharu, Kelantan dan menahan dua lelaki etnik terbabit yang disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.

Jelas Ruslin, modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk etnik Rohingya ke negara ini dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur dengan menggunakan bas ekspres.

Hasil semakan mendapati empat lelaki memiliki kad UNHCR manakala dua lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah.

“Mereka yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR disyaki palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan sindiket mengenakaan bayaran RM500 seorang untuk penghantaran ke Kuala Lumpur”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan semua mereka ditahan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading